Categories
SELANGOR

El Nino tak jejas sektor pelancongan jika tiada jerebu

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 JAN: Kerajaan Selangor bersedia menghadapi fenomena El Nino yang dijangka bermula penghujung Januari hingga April tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata sebagai permulaan pihaknya sudah memulakan kerja pembenihan awan sejak dua hari lalu meskipun kapasiti empangan air Selangor mencukupi.

el-nino-foto“Langkah pembenihan awam yang kita mulakan untuk melembabkan tanah dan kawasan sedia ada.

“Tahun lepas juga El Nino dijangka berlaku namun ia dipanggil El Nino lemah. Namun kemarau panjang dua tahun lalu yang kita alami merupakan pengalaman pahit dan memberikan pengajaran berguna kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan Kerajaan Negeri bagi menghadapi fenomena El Nino.

Jelasnya, El Nino yang dijangka berlaku tidak akan menjejaskan sektor pelancongan kerana ia hanya cuaca panas namun beliau mengharapkan tiada pembakaran hutan berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Jika berlaku pembakaran, ia bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan bahkan melibatkan isu kesihatan.

“Kita harap dapat mengawal aktiviti pembakaran namun ia turut bergantung juga kepada negara jiran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.