Categories
SELANGOR

FAS: Mohd Azrif masih pemain Selangor

SHAH ALAM 19 JAN: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menegaskan pemain pertahanan kanan, Mohd Azrif Nasrulhaq masih lagi pemain Pasukan Liga Super Selangor 2016 dan tidak bersetuju dengan sebarang percubaan untuk membawa beliau menyertai pasukan lain.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, berkata FAS mengakui menerima surat permohonan Mohd Azrif semalam untuk pelepasan kontrak bernilai RM 960,000 namun terpaksa menolak atas beberapa faktor.

RED GIANTSKatanya, Mohd Azrif menandatangani kontrak lanjutan beliau sehingga 2016 pada minggu lalu dan telah pun menandatangani Borang C03 iaitu bersetuju didaftarkan sebagai pemain Pasukan Selangor dan turut didaftarkan untuk Piala AFC.

“Selain itu, Mohd Azrif adalah pemain dilatih dari program pembangunan bolasepak Selangor dan juga permohonan ini hadir pada saat akhir yang menyulitkan pasukan untuk mencari pengganti.

“Oleh yang demikian, adalah satu situasi sukar untuk bersetuju dengan permohonan tersebut yang pasti menjejaskan persiapan pasukan keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata jadi secara teknikalnya Mohd Azrif masih lagi pemain Selangor dan menjadi kesalahan jika beliau menandatangani kontrak dengan pasukan lain sewaktu kontraknya masih belum ditebus.

Katanya, namun berdasarkan keadaan semasa, jalan paling baik adalah dengan merujuk kepada Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia bagi menuntut hak kami dan agar perkara ini diambil perhatian dengan lebih serius.

“Saya berharap kenyataan ringkas ini menjawab tanda tanya penyokong setia kami dan meyakini pengurusan Pasukan Selangor sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian pasukan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.