Categories
NASIONAL

Ibu bapa akui kos perbelanjaan persekolahan meningkat

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 JAN: Kos pembelanjaan yang tinggi semakin dirasai rakyat terutama ibu bapa yang membuat persiapan untuk anak-anak sekolah rendah yang baru memulakan zaman persekolahan 2016 ini.

Rata-rata ibu bapa menganggarkan jumlah RM850 ke atas diperlukan untuk membeli kelengkapan anak masuk sekolah khususnya sekolah rendah. Manakala kos untuk anak di sekolah menengah pula pastinya lebih tinggi.

IMG_6514Pembantu Tadbir PKNS, Rizuan Jamil, 35, berkata beliau membelanjakan lebih RM1,500 untuk musim persekolahan baharu.

“Memandangkan ini adalah anak pertama kami masuk ke sekolah jadi banyak kelengkapan sekolah yang perlu kami beli antaranya pakaian seragam, alat tulis dan beg sekolah.

“Baju sekolah pun bukan boleh sehelai, sekurang-kurangnya lebih dua helai. Jadi sedikit terbeban kerana harga barangan sekarang agak tinggi berbanding dahulu,” katanya kepada SelangorKini.

IMG_6527Ayah kepada pelajar tahun satu Nur Farisha Alia, Zaili Suratin, 38, berkata sedikit sebanyak demi persiapan anak sekolah, beberapa perbelanjaan yang lain perlu dikurangkan.

“Sebagai ibu bapa tidak menjadi beban untuk membuat persiapan anak ke sekolah, tetapi kami terasa beban apabila barangan yang semakin meningkat berbanding dulu.

“Antara salah satu punca disebabkan kebanyakkan barangan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Walaupun ada sesetengah barang yang tidak dikenakan GST tetapi masih ada peningkatan,” katanya.

IMG_6532Sementara itu, suri rumah, Nurul Lida Ahmad, 30, berkata sedikit terbeban dengan kos yang tinggi sekarang lebih lagi hanya suami yang menanggung perbelanjaan isi rumah memandangkan beliau seorang suri rumah.

“Lebih RM850 yang kami belanjakan untuk persiapan walaupun ini merupakan anak pertama tahun satu.

“Jika ditambahkan dengan kos pengangkutan, kelas tuisyen dan lain-lain kos sampingan pasti memerlukan lebih perbelanjaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.