Categories
SELANGOR

Latihan PWB beri impak positif

SHAH ALAM, 4 JAN: Usaha dan latihan berterusan dari Pusat Wanita Berdaya (PWB) membuahkan hasil positif sejak ia dilancarkan Kerajaan Negeri.

Ia terbukti apabila dua usahawan wanita Selangor memperkenalkan menu yang dipelajari melalui program PWB sebagai menu utama restoran mereka.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kejayaan mereka mempelajari pelbagai latihan bukan sahaja melalui masakan, tetapi juga produk.

PWB“Dua usahawan, Roslinda dan Ariza menjadikan menu Nasi Arab Muqlabah, Mee Sizzling dan Tauhu Boom yang dipelajari mereka dari PWB sebagai menu utama restoran.

“Ia sangat membanggakan apabila usaha yang dilakukan PWB mendapat perhatian daripada semua golongan wanita,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Daroyah berharap PWB akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“PWB sentiasa memberikan khidmat terbaik supaya golongan wanita berusaha menambah pendapatan keluarga di samping menjadikannya sebagai kerjaya,” katanya.

PWB Selangor kini giat menjalankan pelbagai aktiviti di setiap DUN, antaranya Spa Terapi, Andaman Pengantin Muslimah, Deko Kek, Ukiran Buah, dan lain-lain.

Pada 2016, Kerajaan Negeri memperuntukan RM2.81 juta dalam bagi program mempertingkatkan kemahiran wanita.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.