Categories
SELANGOR

Iskandar: Tambah kerusi hasil kajian Jabatan Penyelidikan PAS Pusat

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Keputusan PAS untuk menambah lima lagi kerusi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang hasil daripada kajian Jabatan Penyelidikan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan itu bertitik tolak daripada rakyat dan suara akar umbi parti.

iskandar_samad“Kita mendapat maklum balas daripada akar umbi untuk bertanding lebih kerusi.

“Kita sedang mempertimbangkannya selepas bertanding 20 kerusi sebelum ini,” katanya dalam sidang selepas perasmian Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor.

Keputusan menambah lima lagi kerusi menyaksikan PAS akan bertanding 25 kerusi di Selangor.

Ketika ditanya kemungkinan bakal berlaku pertembungan tiga penjuru, Iskandar sekadar menjawab ‘tidak tahu’ namun segalanya bakal diputuskan kelak.

Pada PRU-13 lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi daripada 20 kerusi yang ditandingi di Selangor.

Secara keseluruan DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.