Categories
KENYATAAN MEDIA

Jangan bebankan peniaga bumiputra di Mara Digital Mall

OLEH : Rajiv Rishyakaran

Tindakan Menteri Ismail Sabri akan membawa kerugian besar kepada peniaga-peniaga Bumiputra yang beliau “mahu membantu” di pusat membeli-belah Mara Digital Mall, apabila beliau baru-baru ini mengumumkan bahawa semua produk yang dijual mesti pergi melalui pengedar tunggal atau orang tengah WGN Scan Sdn Bhd.

Pengenaan orang tengah pasti akan meningkatkan kos, dan di dalam industri barangan computer dan telekomunikasi yang sangat kompetitif, ini akan menjejaskan semua peruncit di Mara Digital Mall.

MARA DIGITAL1Pesaing mereka di Low Yat dan pusat IT lain akan mempunyai kelebihan kerana dapat memilih sumber daripada pembekal yang terbaik tanpa orang tengah kerajaan dikenakan.

Dalam iklim ekonomi semasa, di mana kebanyakan rakyat Malaysia merasakan keperitan kos sara hidup yang meningkat, mana-mana pusat membeli-belah digital baru yang cuba untuk buka akan menghadapi cabaran yang hebat.

Pengenaan satu pihak orang tengah akan menjadikan keadaan ini lebih buruk untuk peniaga dan akan mengurangkan peluang mereka untuk berjaya.

Sekali lagi menteri UMNO ini menunjukkan bahawa UMNO yang mentadbir kerajaan persekutuan adalah paling mesra kepada melindungi kroni berbanding memajukan kesejahteraan kaum peniaga Bumiputra yang sekarang menampung kos sara hidup yang meningkat dan persekitaran perniagaan yang sukar.

Apa-apa dasar tidak bijak untuk memaksa peniaga melalui orang tengah mesti dihapuskan dengan segera. Biarkan peruncit memilih pembekal yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Jika mereka hendak memilih WGN Scan Sdn Bhd, mereka boleh.

Tetapi jika mereka mahu untuk didapatkan dari pengedar lain, terutamanya pengeluar rasmi produk yang dilantik oleh pembuat barang telekomunikasi, maka mereka harus diberi kebebasan tersebut.

* Rajiv Rishyakaran adalah ADUN Bukit Gasing

Leave a Reply

Your email address will not be published.