Categories
NASIONAL

‘Langkah Kedah’ strategi Najib diamkan Tun M, Mukhriz

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JAN: KEADILAN percaya gerakan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang didalangi golongan pro Perdana Menteri sebenarnya bukanlah serius untuk menjatuhkan Mukhriz.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan itu lebih kepada untuk mendapatkan persetujuan anak Perdana Menteri keempat itu berkompromi dengan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya ia perlu dilakukan Najib apabila mendapati kedudukan beliau dalam Umno sendiri semakin lemah ekoran serangan terbuka banyak pihak khususnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

mole-MUKHRIZ-MAHATHIR“Mesej rakyat mahukan PM baru dan bukannya MB Kedah baru memang sampai kepada Najib tetapi apa boleh buat.

“Dia nak selamatkan diri sendiri sampai tahap bukan nak selamatkan Umno atau BN tetapi kedudukkannya hingga dia sanggup menggugat sokongan kepada parti sendiri,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahalu, Najib mengambil beberapa langkah dipercayai mengukuhkan kedudukannya termasuk menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara, menyingkirkan Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan tiga lagi Menteri daripada kabinet.

Tidak cukup dengan itu, Najib turut memberi peruntukan tambahan kepada semua Ahli Parlimen Umno sebanyak RM5 juta demi ‘membeli’ sokongan mereka.

Bagaimanapun semua tindakan ini dilihat masih tidak mencukupi apabila gerakan anti Najib dalam Umno semakin menular tidak kira secara terbuka mahupun gerakan secara senyap.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.