Categories
NASIONAL

Laporan 1MDB ditangguh demi hayat politik Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JAN: Laporan siasatan ke atas skandal 1MDB sengaja dilewat-lewatkan untuk memberi masa secukupnya kepada Datuk Seri Najib Razak mengambil beberapa langkah menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata tindakan menangguhkan laporan siasatan isu itu mampu memberi kesan terhadap kepercayaan pelabur dan nilai matawang negara.

Najib-1MDB“Itu semua sudah diketahui rakyat sudah lama tetapi laporan ini masih tidak diumumkan untuk selamatkan Najib. Najib sanggup rosakkan ekonomi kita untuk diri dia sendiri.

“Dia tahu kalau umumkan hasil siasatan, yang akan hadapi hukuman adalah dia sendiri, jadi dia sanggup biarkan negara kita, ekonomi merosot untuk selamatkan kuasa dia,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Terdahulu, laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 18 Disember lalu hanya akan siap pada Februari tahun depan.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam temubualnya bersama saluran berita kewangan CNBC yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada Selasa lalu pula berkata rakyat mahu siasatan 1MDB diselesaikan segera supaya negara boleh bergerak ke hadapan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.