Categories
SELANGOR

MPK perhebat periksa kawasan pembiakan aedes

KLANG 21 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperhebatkan pemeriksaan di tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di taman rekreasi, kompleks beli-belah dan stadium.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Yasid Bidin, berkata ia ekoran sebanyak 309 kes demam denggi direkodkan di daerah itu yang memerlukan tindakan segera.

Katanya jumlah itu untuk tempoh sembilan hari pertama tahun ini (1 hingga 9 Januari) dengan dua kawasan ‘hotspot’ dikenal pasti iaitu di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.

DENGGI GRAFIK“Tiada sebarang kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi dialog pelan induk pengangkutan awam Selangor bersama wakil rakyat dan badan bukan kerajaan di MPK di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, katanya MPK akan memperhebatkan pemeriksaan di tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di taman rekreasi, kompleks beli-belah dan stadium.

“Di samping itu, ceramah dan latihan diberikan kepada kontraktor pembersihan MPK setiap minggu supaya mereka lebih berhati-hati dan teliti dalam membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes,” katanya

Mengenai tindakan ke atas peniaga tempatan di Klang yang ‘mengalibabakan’ lesen perniagaan kepada pihak ketiga, Yasid berkata tindakan tegas akan diambil dengan membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.