Categories
SELANGOR

LZS bantu keluarga hadapi penyakit kulit rapuh

SHAH ALAM 11 JAN : Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan RM2,000 kepada Suziyana Jamaludin apabila anaknya Cahaya Amanda menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa E-B, sejenis penyakit kulit rapuh.

LZS di laman facebooknya menyatakan turut menyalurkan bantuan kewangan bulanan, membiayai rumah sewa, bantuan hari raya dan membiayai bil utiliti dan bantuan lain untuk keluarga ini.

12418107_10153772395101221_1304357389663091695_n“Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Ingin dikongsikan di sini, kami di Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga turut menyalurkan wang zakat bagi membantu adik dan keluarga ini sejak tahun lalu,” kata LZS.

“Semoga bantuan zakat disalurkan kepada keluarga ini dapat meringankan dugaan dihadapi dan adik cepat sembuh.

“Inilah berkatnya zakat. Zakat disalurkan dapat membantu mereka memerlukan. Terima kasih pembayar zakat menunaikan zakat,” kata LZS.

Sebelum ini, kehidupan keluarga kepada bayi yang menghidap penyakit itu tertekan ekoran kos penjagaan dan rawatan mencecah sehingga RM4,000 sebulan tidak mampu ditanggung keluarga itu ekoran pendapatan rendah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.