Categories
SELANGOR

LZS bantu keluarga kehilangan mata pencarian

SHAH ALAM 15 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan kepada keluarga Azmi Shahruddin yang mempunyai empat anak dengan kesemuanya masih bersekolah.

LZS berkata bantuan untuk bagi memastikan anaknya meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran ekoran keluarga mereka diduga dengan kehilangan mata pencarian.

LZS bantu“Salah seorang daripada mereka bersekolah di SM Sains Alam Shah, seorang lagi di MRSM Lenggong dan dua orang lagi di SMK Bandar Tun Huseein Onn 2,” kata LZS dilaman Facebooknya.

LZS menyatakan Azmi sebelum ini adalah pengawal keselamatan dan sedang mencari pekerjaan setelah berhenti baru-baru ini. Mereka juga didesak dengan rumah sewa tertunggak.

Melihat desakan kehidupan keluarga ini, bantuan zakat disalurkan. Keluarga miskin ini dibantu agar anak mereka dapat meneruskan pelajaran.

Mereka juga diberikan bantuan asas bagi menampung keperluan kehidupan. Antaranya bantuan kewangan bulanan, makanan bulanan, bantuan sewa rumah tertunggak.

“Mudah-mudahan bantuan zakat disalurkan kepada keluarga ini dapat meringankan bebanan ditanggung. Terima kasih pembayar zakat,” kata LZS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.