Categories
SELANGOR

MB: Hasil negeri RM2.53 bilion, lebihan sasaran RM558 juta

SHAH ALAM 12 JAN: Anggaran hasil bagi 2015 sebanyak RM1.97 bilion meningkat kepada hasil sebenar berjumlah RM2.53 bilion sehingga 31 Disember 2015.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan perkara demikian di twitter selepas diberi taklimat daripada Pegawai Kewangan Negeri berkenaan hasil negeri terkini.

Selangor majuKatanya, jumlah itu mencatatkan lebihan RM558 juta daripada anggaran asal.

“Perbelanjaan sebenar bagi 2015 mencatatkan penjimatan RM 127.6 juta.

“Tahniah dan penghargaan kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam Selangor yang bekerja kuat meningkatkan hasil dan membangunkan negeri,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata perbelanjaan mengurus disasarkan 95 peratus berjaya dicapai manakala perbelanjaan pembangunan mencatatkan 94.61 peratus melebihi daripada sasaran 90 peratus.

“Gagasan pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri dengan berpegang prinsip jujur dan telus. Syukur.

“Terima kasih Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan seluruh pegawai di Perbendaharaan Negeri yang bekerja secara profesional,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.