Categories
SELANGOR

MB: Pemaju disaran perhebat bina rumah mampu milik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JAN: Pemaju perumahan disaran terus membina rumah mampu milik ekoran peningkatan permintaan di pasaran khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau bertemu dengan pemaju besar untuk menilai kembali pembinaan rumah yang bernilai tinggi.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)“Saya tidak akan memberikan sebarang kelulusan jika pemaju besar ini enggan membuat Rumah Selangorku kerana pasaran hari ini menuntut rumah mampu milik yang perlu dibina.

“Pembinaan rumah mampu milik ini haruslah benar mampu dimiliki semua golongan dengan harga kurang dari RM250,000,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Apresiasi Belanjawan dan Hasil Selangor di sini, malam tadi.

Katanya, sambutan menggalakkan pihak swasta termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang kini mula membina rumah mampu milik.

“Walaupun sasaran kita 15,000 dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga kini kita sudah mencatatkan 18,000 unit yang sedang dibina.

“Kita amat berbesar hati Tuanku Sultan Perak juga turut mengumumkan menegur pemaju besar untuk bina rumah mampu milik dan bukan mampu lihat sahaja,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.