Categories
SELANGOR

MB rintis usaha selesai isu lama 363 peneroka Felda Sungai Buaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 23 JAN: Kerajaan Selangor sudah memulakan perbincangan dengan wakil bekas peneroka Felda Sungai Buaya bagi menyelesaikan isu tanah yang melibatkan 363 peneroka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau turut mengadakan perbincangan dengan mantan Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mengenal pasti latar belakang isu itu

Penyerahan Borang hak Milik Tanah Felda Sungai Tengi Selatan MB (ASRI) (5)“Saya mengadakan beberapa pertemuan untuk cari jalan penyelesaian dengan melibatkan Tan Sri Muhammad Taib kerana beliau merupakan tokoh terlibat secara langsung ketika memimpin Kerajaan Negeri ketika itu dengan mendapatkan maklumat, latar belakang kes berkenaan.

“Saya yakin kalau bersefahaman, kesatuan semua pihak masalah ini boleh selesai sebagai contoh isu hari ini, 27 tahun tidak boleh selesai tetapi bila kita berbincang dalam tempoh setahun kita selesaikan,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Kepada 139 Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan semalam.

Pada sekitar 1994-1995 peneroka Felda Sungai Buaya djanjikan bayaran RM1 juta dalam bentuk tunai atau sebuah rumah sebagai pampasan atas pengambilalihan tanah oleh syarikat pemaju berkepentingan peneroka sendiri.

Bagaimanapun projek itu gagal diteruskan ekoran kemelesetan ekonomi melanda negara pada 1998 dan menyebabkan bayaran pampasan yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.