Categories
SELANGOR

MBSA : Bersihkan premis atau bakal dikompaun

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 JAN: Sebanyak 13 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada minggu pertama 2016.

Kompaun itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 429 premis di sekitar Shah Alam termasuk rumah kediaman, rumah kedai dan restoran.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata tindakan tegas itu adalah selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

DSC_3011“Selain mengeluarkan kompaun, MBSA turut mengadakan semburan atau ‘fogging’ di 16,732 premis dan melaksanakan aktiviti pendidikan dengan mengedarkan 1,164 risalah dan 86 poster berkenaan demam denggi,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini sebanyak 296 kes dilaporkan pada 3 Januari hingga 9 Januari 2016.

Pada masa sama, Shahrin berkata, masyarakat diseru untuk memastikan kediaman masing-masing berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pembiakan jentik-jentik Aedes.

Katanya, MBSA juga menggalakkan orang ramai untuk terlibat secara tidak langsung dengan mengambil masa selama 10 minit setiap minggu bagi membersihkan kawasan.

“Orang ramai diminta membersihkah saluran air hujan (salur bumbung) yang tersumbat daripada air bertakung dan masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas tidak boleh ditutup.

“Pemeriksaan secara berkala juga akan dilaksanakan di sekitar Shah Alam yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik Aedes,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.