Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya tanam 2,765 pokok pada 2015

Oleh : AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 13 JAN: Sebanyak 2,765 batang pokok ditanam pada 2015 bagi menceriakan DUN Subang Jaya membabitkan tiga zon Jawatankuasa Penduduk (JKP).

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, fokus tanaman semula pokok kini susulan pembinaan di kawasan jajaran Aliran Transit Ringan (LRT).

Katanya, ia adalah perbincangan bersama antara Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Saya difahamkan satu pokok ditebang perlu diganti dengan 10 pokok baru.

“Perbincangan mereka akan melibatkan kesesuaian pokok dengan mengambil kira ciri mudah diselenggara termasuk faktor keselamatan supaya pokok tidak mudah tumbang jika disambar kilat,” katanya dalam sidang medi di pejabatnya, hari ini.

Pada masa sama, Hannah berkata, pihaknya dalam usaha menceriakan dua pintu gerbang DUN Subang Jaya di Persiaran Kewajipan dan Persiaran Tujuan.

Katanya, beliau mengambil inisiatif menanam 84 batang pokok Blue Pine di Persiaran Tujuan dengan kos RM19,232.64 berinspirasikan pintu masuk bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK).

“Kos itu termasuk penyelenggaraan selama tiga tahun dan ia mula ditanam pada September lalu.

“Memandangkan ia di kawasan tepi lebuhraya, maka kita tidak boleh mengadakan majlis penanaman pokok bersama sukarela,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.