Categories
NASIONAL

MEF ramal 2016 pekerja hadapi tahun sukar dan mencabar

SHAH ALAM 5 JAN: Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF) meramalkan 2016 sebagai tahun mencabar dan suram apabila trend menunjukkan peningkatan pemberhentian pekerja dan syarikat gulung tikar.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan, berkata lebih 20,000 pekerja pelbagai sektor diambil secara berlebihan setakat September tahun lalu.

Katanya pengambilan pekerja pada tahun ini dijangka perlahan dengan hanya jawatan yang benar-benar perlu diisi saja dibuka.

pekerja swastaSebagai perspektif, dilaporkan lebih 10,000 pekerja diberhentikan pada 2014.

“Dalam konteks Malaysia, meskipun ekonomi dijangka tumbuh 4.7 peratus KDNK, ramalan di kebanyakan sektor ekonomi tidak begitu menggalakkan, dan amat mencabar (bagi 2015).

“Menjelang penghujung 2015, kita jangka ia mencecah 25,000 (jumlah keseluruhan pemberhentian pekerja). Jumlah itu dijangka bertambah pada 2016 kerana ia tidak dilihat sebagai tahun yang positif,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

The Edge Weekly melaporkan, Shell Malaysia akan membuang 1,300 pekerja dalam tempoh dua tahun, mempercepatkan pengurangan kerja dalam industri minyak dan gas kerana kejatuhan harga minyak.

Pemberhentian pekerja pada 2015 juga menyaksikan sektor perbankan mengurangkan tenaga kerjanya.

Ia bermula dengan bank Standard Chartered melepaskan 11 peratus stafnya di Malaysia, diikuti CIMB Group Holdings Bhd 3,599 pekerja atau 11 peratus daripada keseluruhan staf, dan RHB Capital Bhd 2,700 pekerja atau 15 peratus staf.

Turut dilaporkan pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd memberhentikan 255 pekerja di kilangnya di Gurun, Kedah dan CCM Fertilisers Sdn Bhd, anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd, mengumumkan pelepasan 232 kakitangan sebagai rancangan penutupan salah satu kilangnya pada Jun tahun ini.

Di samping pemberhentian pekerja swasta, Shamsuddin berkata sektor awam juga perlahan dalam pengambilan pekerja dan hanya membuka beberapa jawatan yang benar-benar perlu.

“Kerajaan contoh terbaik (pengambilan pekerja perlahan), mereka membekukan pengambilan pada 2015 kecuali untuk jawatan kritikal, jadi itu saja menutup 15,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam,” katanya.

Shamsuddin berkata, polisi positif kerajaan juga perlu bagi menggalakkan syarikat bertahan dan mengekalkan pekerja mereka selama mungkin.

Katanya, beberapa negara menyediakan insentif kepada majikan yang tidak memberhentikan pekerja mereka ketika waktu sukar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.