Categories
NASIONAL

PAS tiada kerjasama politik dengan Umno

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tidak akan bergabung atau menjalinkan kerjasama politik bersama Umno.

Katanya, selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara baik bukan sebaliknya.

“Macam keputusan Majlis Syura Ulama, bekerjasama dalam perkara baik, tidak bekerjasama dalam perkara tidak baik.

KUALA SELANGOR 04 June 2015. Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. NSTP/Yazit Razali?

“Daripada segi politik, tiada gabungan. Isu Palestin, Bosnia dan Rohingya kita bekerjasama.

“Dalam TPPA kita tidak bekerjasama,” katanya dalam sidang media selepas Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS kekal bertanding dalam pilihan raya walaupun tidak berada dalam mana-mana gabungan buat masa ini.

Ketika ditanya pembentukan Pakatan Harapan yang sudah menandatangani perjanjian kerjasama semalam, beliau menganggap ia sebagai perkara biasa.

“PAS parti paling berpengalaman dalam kalangan parti di Malaysia.

“Kita anggap ia perkara biasa. Pakatan bukan perkara baru. Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tak bangun-bangun.

“Kita terus bangun dan bangkit. PAS semakin hari semakin kuat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.