Categories
SELANGOR

Penambahbaikan kecekapan sistem pembersihan air Takungan Air Bukit Petaling

SHAH ALAM 5 JAN: Sebahagian daripada usaha untuk menambahbaikkan kecekapan sistem pembersihan air, kerja pembaikan segera peralatan kritikal di takungan air Bukit Petaling yang rosak dilaksanakan pada 5 Januari.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata usaha sedang giat dijalankan untuk meningkatkan paras takungan air dengan secepat mungkin.

syabassKatanya walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bekalan air ke premis yang berada di kawasan berbukit dan di hujung rangkaian agihan bekalan air akan pulih secara berperingkat.

“Bekalan air ke semua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 6 Januari jam 6:00 pagi,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Katanya, kawasan terlibat adalah TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Sungai Besi, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan San Peng, Jalan Hang Tuah, Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, KL Sentral, Brickfields, Wisma Putra, Chan Sow Lin dan Salak Selatan.

“Hospital dan pusat dialisis akan diberi keutamaan dengan bantuan bekalan air melalui lori tangki air,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja pembaikan segera ini melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan www.syabas.com.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.