Categories
NASIONAL

PRN Sarawak Mac depan, Adenan mohon Umno dan parti semenanjung tak lebar sayap

SHAH ALAM, 1 JAN: Pilihanraya Negeri Sarawak dijangka berlangsung pada Mac depan, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohamad Salahuddin malam tadi, Adenan menyeru rakyat Sarawak memberi lima tahun lagi tempoh buatnya untuk menerajui negeri itu.

PILIHANRAYA SARAWAK“Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” lapor Bernama.

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Malah, Adenan juga menyekat parti-parti lain dari Semenanjung untuk datang ke Sarawak.

“Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

 

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.