Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Abang Johari Ketua Menteri baru Sarawak

KUCHING, 13 JAN: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg hari ini dipilih sebagai Ketua Menteri baru di negeri bumi Kenyalang itu.

Memetik portal Berita Harian Online, beliau dilaporkan akan mengangkat sumpah di Astana Negeri di Kuching.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengangkat sumpah jawatan ketua menteri keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri.

Abang Johari menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Takziah buat semua rakyat Sarawak

SHAH ALAM 11 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah di atas pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang meninggal dunia hari ini.

“Mendoakan semoga Almarhum dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat, InshaAllah.

“Takziah buat Puan Sri Jamilah Anu dan keluarga di atas pemergian Almarhum. Semoga diberikan ketabahan menghadapi ujian ini,” kata Mohamed Azmin dalam satu kenyataan.

Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama merakamkan takziah kepada keluarga dan rakyat Sarawa.

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu.”. Takziah buat Puan Sri Jamilah Anu, keluarga dan seluruh rakyat Sarawak di atas pemergian Tan Sri Adenan Satem kerahmatullah hari ini. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan,” katanya yang juga Presiden KEADILAN.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor melahirkan rasa sedih dan merakamkan setinggi takziah buat seluruh rakyat Sarawak khususnya buat keluarga Al Marhum Dato Adenan Bin Satem, Ketua Menteri Sarawak yang telah kembali ke rahmatullah.

“Kita mengenali beliau sebagai pejuang rakyat Sarawak dan beliau sentiasa menghormati kawan dan lawan. Semoga ALlah mencucuri rahmatNya ke atas roh Al Marhum. Al Fatihah,” katanya dalam kenyataan media.

Menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, pemimpin DAP seluruh negara turut  menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ketua Menteri Sarawak itu.

“Al-Fatihah Tan Sri Adenan Satem. Takziah buat keluarga Allahyarham. Malaysia dan Sarawak telah kehilangan pemimpin unggul yang berjiwa besar. (Al-Fatihah TS Adenan Satem. Deepest condolences to bereaved family. Malaysia and Sarawak have lost great visionary leader.)” – Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang

“Adenan Satem akan terus diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dengan Penciptanya. (Adenan Satem will always be remembered by all Malaysians. May his soul Rest In Peace with his Maker.)Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok

=EZY=

DUN Sarawak bubar 11 april depan

DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini kata Ketua Menterinya, Tan Sri Dr Adenan Satem.

Categories
NASIONAL

Adenan umum PRN Sarawak 30 April

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 JAN: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) bakal diadakan 30 April ini.

Sementara tarikh penamaan calon akan diakan pada 18 April.

PRN kali ini menyaksikan 82 buah kerusi dipertandingkan yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi selepas persempadanan semula diluluskan Disember 2015.

PILIHANRAYA SARAWAKSebelum ini hanya 71 kerusi DUN dipertandingkan.

Berdasarkan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lalu menyaksikan peruntukan untuk PRN Sarawak berjumlah RM181 juta dijangka akan dikurangkan sekitar 10 hingga 15 peratus.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang menjangkakan pengurangan itu tidak memberikan kesan.

-nR-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak Mac depan, Adenan mohon Umno dan parti semenanjung tak lebar sayap

SHAH ALAM, 1 JAN: Pilihanraya Negeri Sarawak dijangka berlangsung pada Mac depan, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohamad Salahuddin malam tadi, Adenan menyeru rakyat Sarawak memberi lima tahun lagi tempoh buatnya untuk menerajui negeri itu.

PILIHANRAYA SARAWAK“Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” lapor Bernama.

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Malah, Adenan juga menyekat parti-parti lain dari Semenanjung untuk datang ke Sarawak.

“Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

 

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sivarasa : Henti Takutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU-13 – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 22052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perhimpunan Solidariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli di hadapan lokap Balai Polis Jinjang malam tadi terus meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan rakyat, terutamanya generasi muda.

2. Timbalan Presiden PKR, R. Sivarasa menyifatkan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli sebagai tindakan terdesak Barisan Nasional dalam menyekat kebangkitan generasi muda Malaysia hari ini.

3. Gaji bulanan Ketua Menteri Sarawak dilapor akan naik kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Bernama.