Categories
SELANGOR

Projek mitigasi banjir Kajang tunjuk perkembangan positif

OLEH: AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 JAN: Perkembangan positif ditunjukkan dalam projek mitigasi banjir di bandar Kajang melegakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, peruntukan berjumlah RM50 juta yang sebahagian besar sudah digunakan bagi memastikan banjir kilat tidak lagi berulang bermula tahun ini.

“Alhamdulillah berjalan baik. Sebahagian besar peruntukan RM50 juta sudah digunakan.

MB banjir“Perkembangan positif ditunjukkan selepas projek dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan tiada lagi banjir kilat berlaku di Kajang.

“Ini memberikan satu kelegaan kepada peniaga dan penduduk di sini,” katanya kepada media.

Mohamed Azmin bersama pimpinan negeri mengadakan lawatan kerja bagi melihat perkembangan projek pelebaran Sungai Jerluh.

Pelebaran Sungai Jerluh dari 8 meter kepada 12 meter bermula dari selekoh Metro Kajang berakhir di Kampung Kelapa serta pembinaan benteng banjir.

Projek bermula pada 31 Mac 2015 dengan kos RM4.82 juta dan dijangka siap penghujung Mac 2016.

Untuk 2016, beliau berharap banjir kilat tidak berulang di beberapa kawasan di Selangor.

Selain itu, beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara kolam takungan supaya lebihan air dapat diurus dengan lebih baik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.