Categories
SELANGOR

‘PWB Shopping’ medium pasar produk

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 JAN : Melangkah setapak lagi, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bakal mewujudkan mekanisme baru bagi memasarkan produk dihasilkan kumpulan itu.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata program dikenali sebagai ‘PWB Shopping’ itu membolehkan peserta menjual produk mereka bagi menjana pendapatan.

“Program ini akan berlangsung di semua PWB di setiap DUN sebagai pusat sehenti ekoran sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.

PWB“Ia juga selaras dengan saranan Kerajaan Selangor untuk menggalakkan wanita berdaya saing dalam ekonomi yang semakin mencabar,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Daroyah berkata, PWB terus menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Katanya, kejayaan itu sekaligus membuktikan objektif penubuhan PWB adalah positif dan menepati sasaran Kerajaan Negeri.

“Hampir setiap minggu penyelaras PWB di setiap DUN melaksanakan program untuk peserta dan antara yang mendapat sambutan adalah pembuatan tempe.

“Bermula dari Sekinchan hinggalah Shah Alam dan Petaling Jaya, wanita tidak melepaskan peluang untuk menyertai PWB dan ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.