Categories
SELANGOR

Selangor salur RM156,000 hargai jasa atlet

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak RM156,000 diperuntukan kepada atlet Selangor yang berjaya ke Sukan Sea di Singapura tahun lalu.

Ia membabitkan penerima seramai 67 atlet dari 28 kategori dipertandingkan.

IMG_1260aAntara penerima insentif tertinggi ialah atlet Gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

Farah menerima sebanyak RM14,500 selepas berjaya membawa pulang pingat Emas (2), Perak (1) dan Gangsa (3).

Selain itu, turut menerima insentif Shalin Zulkifli; Farhan Adam; Nur Eli Elina Azmi; Teh Min Jee dan Muhammad Adden Ikranie Bakhtiar.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata sumbangan itu bagi menyuntik semangat atlet untuk terus berjuang mengharumkan nama negara.

AMIRUDIN“Sejak dulu lagi, Selangor pembekal atlet negara untuk Sukan SEA, Komanwel mahupun Olimpik.

“Oleh itu, dengan adanya sumbangan ini sejak tahun 2009, ia dapat menyuntik semangat juang dalam kalangan atlet,” katanya di majlis penyerahan insentif itu, di Hotel De Palma, di sini, semalam.

Sementara itu, Farah Ann berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sudi memberi insentif atas kejayaan beliau dan atlet lain.

IMG_1328 a“Walaupun ada di antara mereka yang tidak membawa balik pingat, namun mereka juga diberikan insentif.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong dan prihatin terhadap atlet negeri itu,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan untuk ke pertandingan di Doha tahun ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.