Categories
SELANGOR

Sharom Kalam kekal ketua pasukan The Red Giants

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 JAN: Pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari mengumumkan Sharom Kalam kekal selaku ketua pasukan The Red Giants bagi musim 2016.

Beliau mengumumkan perkara itu secara rasmi menerusi laman Facebook sementara pemain baru, Mohd Razman Roslan dilantik selaku Pembantu Ketua Pasukan.

Shahrom Kalam“Dengan ini saya umumkan, Shahrom Kalam kekal sebagai Ketua Pasukan Selangor 2016, dan Razman Roslan sebagai Pembantu Ketua Pasukan Selangor 2016,” katanya.

Shahrom merupakan antara tonggak pasukan ketika mereka menjulang Piala Malaysia musim lalu selepas menewaskan Kedah 2-0.

Musim lalu jawatan pembantu ketua pasukan dipegang Mohd Bunyamin Omar.

Sementara Mohd Razman sebelum ini mengetuai pasukan Pahang sebelum berubah angin beraksi bersama Selangor musim ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.