Categories
NASIONAL

SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO

SHAH ALAM 27 JAN: Pengurusan Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara berkenaan isu dana RM2.6 bilion kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

SPRM dalam satu kenyataan media berkata PPO adalah salah satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik.

logo SPRMSebelum itu, pada hari ini SPRM mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

“Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya,” kata kenyataan media SPRM.

PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Dato’ Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.