Categories
SELANGOR

14 premis salah guna pakir, bina tanjak haram

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 FEB: Sebanyak 14 premis perniagaan dikenakan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Pecah Tanjakan (Ramp) ekoran menyalahgunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata MBSA menggunakan sebuah jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut.

MBSA OPS PECAH TANJAK“Tujuh premis di Seksyen 31 dan tujuh buah premis lagi di Seksyen U3 dikenakan tindakan kerana membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran MBSA.

“Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133),” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, operasi itu melibatkan 15 orang kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan.

“Pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan perlu membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu.

“Jika premis gagal berbuat demikian, tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar,” katanya.

MBSA  mengenalpasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas antaranya kedai membaiki dan menjual aksesori kereta serta motosikal, ruang pameran kereta/motosika, kedai menjual perabot, klinik, pasaraya atau kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.