Categories
NASIONAL

Badan Hak Asasi desak Anwar diberi hak rawatan

SHAH ALAM 9 FEB: Human Rights Watch (HRW) mendesak Kerajaan Malaysia membebaskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan politik sempena setahun beliau dipenjarakan.

Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson, Kerajaan Malaysia juga perlu memastikan Anwar diberikan akses rawatan bersesuaian ketika dipenjara dan rawatan ke luar negara untuk mengubati kesakitan dialaminya.

Anwar bebas“Pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim adalah bermotif politik, dan beliau sudah setahun dipenjara serta dinafikan hak keadilan,” kata Phil Robertson dalam kenyataan media.

Katanya, keyakinan terhadap sistem keadilan di Malaysia terus terhakis setiap hari Anwar dipenjarakan.

“Kerajaan perlu membebaskan Anwar segera dan memansuhkan undang-undang menekan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menegaskan, beliau tidak bersalah dan itu adalah cubaan menjatuhkan karier politik beliau.

Katanya, beliau tidak akan mengalah dan percaya Allah bersamanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.