Categories
NASIONAL

Banjir Sarawak: Mangsa dipindah meningkat 7,931

KUCHING, 22 FEB: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 daripada 1,527 keluarga malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi, lapor BERNAMA.

Banjir Sarawak1Beliau berkata sehingga jam 6 pagi, 24 PP dibuka di daerah Kuching berbanding lapan malam tadi sementara di daerah Bau kekal sebanyak sembilan buah.

Katanya bahagian Serian kekal sebagaimana malam tadi dengan tujuh PP di daerah Serian serta satu di daerah Padawan, dan bahagian Samarahan juga kekal dengan enam PP di daerah Kota Samarahan.

Menurutnya keadaan cuaca awal pagi ini di bahagian berkenaan kelihatan lebih baik berbanding sejak tiga hari lepas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.