Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah mangsa banjir Sarawak naik 1,002

KUCHING, 7 FEB: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas meningkat sedikit kepada 1,002 orang pagi ini berbanding 934 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih beroperasi setakat 8 pagi ini kekal 14 PPS.

Daripada jumlah PPS itu, empat dibuka di Simunjan, satu di Samarahan dan sembilan di Serian.

Setakat ini, Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 767 mangsa daripada 249 keluarga.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah mangsa bah Sarawak 1,070 pagi ini

KUCHING, 6 FEB: Gelombang ketiga banjir yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan 1,070 setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri ini.

Daripada jumlah itu, satu PPS dibuka di daerah Tatau, empat di Simunjan, dua di Samarahan dan 11 di Serian.

Daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal menjadi kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 785 mangsa daripada 255 keluarga dari kawasan itu direkodkan setakat ini.

Keadaan hujan lebat yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu menyebabkan situasi banjir di Sarawak berlanjutan sehingga kini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah mangsa bah Sarawak terus meningkat

KUCHING, 1 FEB: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 186 orang pagi ini, berbanding 171 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat pusat pemindahan kini dibuka di dua daerah yang dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Daerah Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 159 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Lintang Baru, Dewan Kampung Betong Kenawit dan Kampung Rimba Padi, sementara di daerah Simunjan, 27 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Lubok Buntin.

Gelombang kedua banjir di Sarawak bermula Sabtu lepas apabila kawasan perkampungan di Teluk Buntin di daerah Simunjan dinaiki air ekoran keadaan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari serta fenomena air pasang besar yang berlaku serentak.

Laporan ramalan cuaca mingguan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menyatakan hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah mangsa banjir Sarawak tambah 133 orang

KUCHING, 31 JAN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi ini berbanding 26 mangsa malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.

Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan semalam susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas di negeri ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Mangsa banjir Sarawak meningkat tiga kali ganda

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Keadaan cuaca yang agak baik di Semenanjung membolehkan kawasan dilanda banjir terus beransur pulih dengan daerah Raub di Pahang pulih sepenuhnya pagi ini, namun situasi berbeza di Sarawak yang menyaksikan jumlah mangsa banjir meningkat tiga kali ganda berbanding semalam.

Banjir yang memasuki hari ketiga di enam daerah di Sarawak hari ini menyaksikan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan meningkat kepada 4,222 orang yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sehingga pukul 8 pagi tadi, 2,159 mangsa berada di 19 PPS di daerah Kuching, 1,014 di 10 PPS di Serian, 706 mangsa masih berteduh di 11 PPS di Bau, 211 orang di lima PPS di Kota Samarahan, 103 orang di dua PPS Simunjan dan 29 orang di dua PPS Miri.

Sementara itu di PAHANG, Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata PPS yang ditutup semalam adalah Sekolah Kebangsaan Kundang Patah, Cheroh; Balai Raya Kampung Jeruas, Dong dan Masjid Bukit Pompong yang sebelum ini menempatkan 69 mangsa termasuk 23 pelajar sebuah pusat tahfiz.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Pahang pagi ini adalah seramai 7,992 orang dengan 102 PPS masih beroperasi di tujuh daerah.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,317 orang diikuti Maran (1,903 orang), Kuantan (878 orang), Temerloh (792 orang), Bera (715 orang), Lipis (353 orang) dan Jerantut (34 orang).

Di JOHOR, cuaca yang baik membolehkan keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 784 orang melibatkan 245 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 892 orang melibatkan 276 keluarga, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata kesemua mangsa berada di 10 PPS di lima daerah.

Kota Tinggi, katanya, masih mencatatkan jumlah mangsa terjejas tertinggi dengan 525 orang daripada 140 keluarga di lima PPS, diikuti Johor Bahru (116 orang, 71 keluarga di dua PPS), Kluang (50 orang, 11 keluarga di satu PPS), Segamat (76 orang, 20 keluarga di satu PPS) serta Batu Pahat (17 orang, tiga keluarga di satu PPS).

Di SABAH, jumlah mangsa banjir setakat pukul 8 pagi ini meningkat sedikit kepada 761 orang daripada 198 keluarga berbanding 712 orang daripada 173 keluarga, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di lima daerah negeri ini iaitu Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Lahad Datu dan Paitan.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Banjir Sarawak semakin pulih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 FEB: Keadaan banjir di hampir seluruh bahagian Sarawak kian pulih sejak semalam, malahan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula berkurang, setakat pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan, sejumlah 3,092 mangsa kini berada di 14 PPS setakat jam 8 pagi tadi berbanding 3,173 mangsa, malam tadi.

Manakala, sejumlah 3,092 mangsa daripada 974 keluarga ditempatkan di empat PPS yang dibuka di bahagian Sibu iaitu masing-masing tiga di Serian, Bintulu, dua di Mukah dan masing-masing satu PPS, di Sarikei serta Limbang.

“Bahagian Bintulu pula menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu hampir 1,183 daripada 320 keluarga diikuti dengan Sibu sejumlah 1,086 mangsa daripada 354 keluarga,” katanya.

Jumlah sekolah yang ditutup kekal 48, namun kemungkinan dijangka cuaca semakin cerah menjanjikan keadaan semakin beransur pulih dan lebih ramai mangsa akan dibenarkan, pulang hari ini.

 

Categories
NASIONAL

Banjir di Sarawak meningkat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Dua sekolah lagi di Sarawak ditutup ekoran banjir yang semakin buruk, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu (JPBNS).

Keadaan itu menjadikan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada tujuh, hari ini berbanding lima sekolah, semalam.

“Seramai 753 murid di Sarawak tidak dapat bersekolah ekoran sekolah mereka ditutup kerana jalan raya dinaiki air.

“Dua sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai dengan keduanya di daerah Sebauh, Bintulu,” katanya dipetik Bernama.

JPBNS berkata, 16 sekolah rendah iaitu 10 di Miri, lima di Sibu dan sebuah di Bintulu turut terjejas ekoran banjir tetapi masih beroperasi seperti biasa.

Manakala, lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lalu dengan sekolah paling banyak ditutup, di Miri membabitkan tiga sekolah iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong, selain SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Nanga Bon, di Sibu.

Categories
NASIONAL

Banjir Sarawak: 104 mangsa dipindah di Serian

KUCHING, 29 FEB: Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan 8 malam tadi.

CP2A1344“Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga,” katanya dipetik BERNAMA.

Siti Huzaimah berkata tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

“Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

“Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga,” katanya.

EZY

Selangor cepat hantar bantuan kepada Sarawak- ADN Batu Lintang


Selangor prihatin dan cepat hantar bantuan melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) -Adun Batu Lintang

Tebakang Bidayuh : Air naik sampai 12 kaki


‘Terima kasih Selangor dan PANTAS, sudi bantu dan lawat kami’ – Ketua Kampung Tebakang Bidayuh, Ranang anak Tangal.

390 mangsa banjir terima bantuan Kerajaan Selangor


390 keluarga mangsa banjir di beberapa daerah di Kuching menerima sumbangan keperluan harian daripada Kerajaan Selangor melalui deligasi PANTAS yang berada di Sarawak selama 4 hari.

Sarawak perlu ada plan tindakan banjir segera, elak berulang


Banjir di Sarawak : Penduduk tinggal berhampiran kawasan sungai dan berisiko banjir. Kerajaan Negeri Sarawak perlu ada perancangan dan plan tindakan segera bagi mengatasi masalah ini agar tidak berulang.