Categories
SELANGOR

Bas percuma ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 20 Feb

Oleh : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 FEB : Perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor akan ditambah bagi memudahkan tetamu ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri, pada 20 Februari depan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ketetapan itu diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ke Dataran Petaling Jaya dengan jangkaan lebih 10,000 tetamu akan hadir.

basMPAJ 1“Tiga bas Smart Selangor akan digunakan di sepanjang laluan perjalanan bermula seawal pagi hingga jam 12 malam,” katanya pada sidang media di Bangunan Invest Selangor di sini, hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan merasmikan sambutan berkenaan yang juga akan dihadiri Exco dan Adun, Ketua Jabatan dan wakil kedutaan.

Lebih istimewanya, program kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Tourism Selangor itu juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelbagai bangsa.

Ia sebagai simbolik perpaduan dan ikatan penyatuan rakyat Selangor yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

teng 1“Persembahan selama 90 minit daripada pelbagai bangsa juga akan diadakan selain jamuan kepada tetamu yang hadir.

“Kita juga akan berikan sumbangan ‘ang pow’ kepada anak yatim dan kanak-kanak,” katanya.

Justeru, orang ramai dijemput hadir memeriahkan program.

Leave a Reply

Your email address will not be published.