Categories
SELANGOR

Invest Selangor optimis pelaburan 2016 meningkat

OLEH : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM, 15 FEB : Invest Selangor optimis untuk membantu meningkatkan ekonomi negeri itu melalui hasil pelaburannya bagi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris, berkata Invest Selangor menunggu laporan dikeluarkan Kerajaan Persekutuan hujung bulan ini bagi merangka pelan jangka panjang pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selangor maju“Kita menjangkakan tahun ini lebih mencabar dengan sasaran pelaburan agak rendah berbanding tahun sebelumnya.

“Selepas pengumuman dibuat, kita menilai setiap aspek dan trend berlaku sepanjang tahun lalu untuk persediaan ekonomi lebih baik,” katanya ketika ditemui Selangorkini selepas sidang media di Bangunan Invest Selangor di sini, tengah hari tadi.

Sehingga Jun tahun lalu, nilai pelaburan Selangor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.22 bilion.

Laman Sesawang Invest Selangor Berhad melaporkan, sejumlah RM2.3 bilion adalah penyertaan pelabur asing, manakala RM1.92 bilion daripada pasaran tempatan.

Sementara itu, tiga negara pelabur asing utama di Selangor kini adalah Jepun, Sweden dan Singapura.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.