Categories
SELANGOR

Gala Aspirasi Seni medan dakwah perubahan generasi muda

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Penganjuran Gala Aspirasi Seni 1.0 merupakan landasan masyarakat khususnya anak muda didedahkan kepada seni dan budaya yang mampu menjadi agen perubahan ke arah patuh syariat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Warisan, Perkampungan Desa Dan Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program diadakan buat julung kali itu adalah untuk mengumpulkan semua penggiat seni dari pelbagai bidang bagi menarik anak muda.

Gala Seni“Anak muda dan masyarakat dapat didedahkan bagaimana keterlibatan penggiat seni daripada pelbagai bidang disamping mampu mendedahkan kita sebagai umat Islam untuk lebih dekat kepada Islam itu sendiri.

“Dengan kehadiran artis ini kita mengharapkan kisah dan penghijrahan mereka menjadi ikutan anak muda daripada segi tingkah laku, pakaian atau menjadi idola buat anak-anak ke arah lebih baik,” katanya sewaktu Majlis Perasmian Gala Aspirasi Seni 1.0 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, disini, malam tadi.

Katanya lagi, dengan program sebegini ia juga medan wadah dakwah kepada generasi muda.

Penganjuran itu secara tidak langsung merupakan tanda komited Kerajaan Negeri dalam usaha mengangkat dan memelihara seni dan budaya di negeri itu demi kesinambungan tamadun.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arshad, Penolong Pengarah JAIS Bahagian Dakwah, Mohd Basori Umar dan Presiden Tautan Rahmat, Ustaz Mohammad Ibrahim@Mad Cina.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.