Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: PAS & PH tak beri kemenangan mudah BN

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 21 FEB: PAS tetap dengan pendirian untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN 11) meskipun Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penolakan pertembungan tiga penjuru.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar A Samad berkata, jumlah itu turut melibatkan kerusi baru diumumkan sebelum ini dan segalanya terserah pada hari pengumuman kelak.

Sarawak“Saya tidak tahu sama ada perbincangan dibuat antara PH dan PAS tetapi kita muktamadkan 11 kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengumumkan PH tidak bertanding di semua 82 kerusi DUN sebagai tanda menghormati PAS serta mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Menyentuh soal calon beliau berkata PAS bakal meletakkan anak tempatan di kerusi ditandingi dan seorang daripadanya bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Harapan mahupun PAS tidak akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

“Kita bertanding semua kerusi atas nama Pakatan Harapan dan dengan kerjasama PAS.

“Yang penting kita tidakmemberikan Barisan Nasional menang mudah di semua 82 kerusi di Sarawak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.