Categories
NASIONAL

Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Taiwan

TAIWAN 6 FEB : Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam kejadian gempa bum berukuran 6.4 magnitud menggegarkan selatan Taiwan.

Agensi berita antarabangsa turut melaporkan gempa bumi kuat itu turut menyebabkan bangunan runtuh di bandar Tainan dengan lebih 100 orang terperangkap di dalamnya awal pagi ini.

gempaRakaman video menerusi televisyen tempatan dan media sosial menunjukkan sebuah bangunan runtuh menyembah bumi manakala sebuah lagi senget akibat gempa berkenaan.

Stesen penyiaran Formosa melaporkan 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 16 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong.

Seramai 69 berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam.

Sekurang-kurangnya 30 pula diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan dan misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan.

GempaAgensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 2000 GMT pada Jumaat, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Rakaman video menerusi televisyen tempatan dan media soal menunjukkan sebuah bangunan runtuh menyembah bumi manakala sebuah lagi senget akibat gempa berkenaan.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4.

Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik. Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.