Categories
NASIONAL

Halang akses berita, bukti Putrajaya takut media bebas

SHAH ALAM, 25 FEB : KEADILAN hari ini mengecam tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaporkan menghalang akses pengguna beberapa penyedia perkhidmatan internet (ISP) ke laman berita online The Malaysian Insider (TMI).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan itu seperti kukubesi ekoran ia jelas melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang antara lainnya menjamin tiada penapisan internet.

Pihaknya juga percaya, tindakan itu ada kaitannya dengan laporan agensi berita itu dalam isu “derma politik” RM2.6 bilion membabitkan pemimpin utama negara.

fahmi-fadzil“Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.

“Malah ia hanya mengukuh persepsi umum bahawa ada usaha untuk menghalang orang ramai dari mendapat berita dan maklumat untuk perbincangan sihat di ruang awam demi masa depan negara,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi juga percaya tindakan itu pasti mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia.

“Oleh itu, saya menggesa agar Putrajaya mengkaji semula dan menarik balik halangan akses ini dengan segera,” katanya.

-nR

Leave a Reply

Your email address will not be published.