Categories
SELANGOR

Indeks kesaksamaan gender: Malaysia jatuh ke tangga 111 dunia

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 FEB: Berdasarkan The Global Gender Gap Index 2015 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Malaysia jatuh pada kedudukan ke-111 berbanding kedudukan ke-107 pada 2014 daripada 145 buah negara dengan skor kesaksamaan gender sebanyak 0.65.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata skor bagi kesaksamaan gender ini lebih buruk berbanding indikator capaian pendidikan yang memperolehi skor 0.967 mata dan kesihatan 0.969 mata.

“Realiti ini mendukacitakan apabila indikator peluang dan penglibatan ekonomi kaum wanita memperoleh skor 0.63 dengan nisbah wanita kepada lelaki pada 0.59.

HEFORSHE 1“Manakala skor pemberdayaan politik wanita yang amat rendah iaitu 0.05 atau nisbah wanita kepada lelaki hanya pada 0.12,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis Pelancaran Kempen #HeForShe Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, Selangor berusaha meningkatkan pembangunan wanita dalam pelbagai aspek termasuk jati diri, ekonomi, sosial dan politik dengan pelbagai usaha termasuk dengan mewujudkan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Katanya lagi, Analisa Bank Dunia turut mendapati ekonomi di kebanyakkan Negara Asia Pasifik juga meningkat sehingga 18 peratus sekiranya ekonomi kaum wanita di negara terbabit setanding dengan lelaki.

Ketika menyentuh dasar pembangunan wanita di Selangor, Dr Daroyah menjelaskan Kerajaan Negeri menerapkan dasar 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam pentadbirannya.

“Walaupun barisan Exco Kerajaan Negeri masih belum mencapai 30 peratus, namun Selangor merupakan negeri pertama melantik seorang wanita sebagai Speaker Dewan Negeri dan Kerajaan Negeri komited untuk memastikan dasar ini tercapai di masa akan datang,” kata Dr Daroyah lagi.

HEFORSHE 2Tambah beliau, Selangor juga mempunyai 15 Adun wanita iaitu 26.8 peratus wanita berbanding Adun lelaki.

Manakala sebanyak 62 orang Ahli Majlis merupakan wanita dalam kalangan 279 orang Ahli Majlis di Selangor atau 22 peratus.

#HeForShe merupakan kempen sokongan terhadap kesaksamaan gender dianjurkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabilasehingga semalam berjaya mengumpul sebanyak 1.3 juta ‘sign up’ melalui on line.

Dr Daroyah berkata, bagaimanapun setakat ini hanya 1,943 di negara ini menunjukkan solidariti mereka dan beliau menggesa supaya lebih ramai menjayakan sokongan terhadap usaha ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.