Categories
NASIONAL

KEADILAN lancar petisyen desak Najib disiasat semula

SHAH ALAM 7 FEB: Petisyen bagi memohon Yang diPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan serta membuka semula kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak dilancarkan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa menggunakan kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (MLA) dengan negara menyiasat isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Katanya beliau meminta rakyat memberi sokongan kepada laman Facebook Sebarkan dan tunjukkan kuasa rakyat Malaysia . Sebarkan link petisyen http://goo.gl/forms/pnd3XvubsQ untuk tandatangan ‘1 juta desak buka kembali siasatan terhadap Najib Razak’ dan menandatangi petisyen maya.

Najib 1m“Setelah mendapat jumlah tandatangan memadai, saya dan rakan Pakatan Harapan menulis merafak sembah mengadap Duli Yang Mulia Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai perkara ini.

“Rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini ditutup apabila peguam negara menutup kes. Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

Sebelum ini, Apandi mengumumkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah dan mengarahkan kes berkaitan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya ditutup.

Malah Apandi turut berkata, Najib turut memulangkan baki daripada wang dana tersebut.

Semalam, New York Times pula melaporkan, Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir berkata dana yang disebut-sebut itu bukan satu derma malah satu pelaburan oleh individu warganegara Arab Saudi.

Sehubungan itu, Rafizi mempertikaikan perkara itu dengan mengatakan bahawa Najib bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan sehingga menyebabkan ada pihak dari Arab Saudi memberi RM2.6 bilion.

Rafizi turut mempertikaikan tujuan pelaburan tersebut sekiranya melibatkan aset tertentu.

“Warganegara Arab Saudi yang memberikan dana sebesar itu bagi tujuan pelaburan sudah tentu mahukan balasan tertentu sebagai pulangan kepada pelaburannya.

“Ini memungkinkan wujudnya pertelingkahan kepentingan memandangkan kuasa Najib yang besar sebagai seorang perdana menteri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.