Categories
NASIONAL

Lambakan pekerja asing rencat pendapatan rakyat

SHAH ALAM 20 FEB : Pertumbuhan pendapatan rakyat, inovasi dan peningkatan teknologi bakal terencat dengan keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing tidak mahir ke negara ini.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata Malaysia ketinggalan dalam aspek inovasi dan teknologi berbanding negara maju ekoran jumlah pekerja asing tidak mahir yang berlebihan dalam negara.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Mengurangkan jumlah pekerja asing tidak mahir menjadi asas pembinaan negara yang berteras kepada kemahiran, inovasi dan teknologi yang luar biasa. Disebabkan lambakan pekerja asing, mesin pencuci pinggan mekanikal pun sukar dijumpai di Malaysia.

“Kini, yang membasuh kenderaan kita ialah pekerja asing. Mesin basuh kereta sudah tidak digunakan dan perkhidmatan basuh kereta secara manual pula semakin meningkat,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata kemasukan pekerja asing secara besar-besaran juga menggugat peningkatan gaji rakyat tempatan, terutama apabila mereka bersetuju dibayar dengan gaji rendah.

“Gaji peguam yang baru menamatkan pengajian tidak banyak meningkat sejak tiga dekad lalu. Begitu juga dengan pekerja sektor lain, termasuk yang tidak ada ijazah.

“Disebabkan jumlah pekerja asing terlalu ramai, rakyat tempatan tidak dapat menuntut gaji lebih tinggi, justeru menjejaskan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata, keputusan kerajaan UMNO BN itu juga menyukarkan negara menghadapi krisis ekonomi yang bakal tiba berikutan kekurangan peluang pekerjaan dengan gaji setimpal mengurangkan perbelanjaan rakyat.

“Sejak 2009, Malaysia menjadi semakin bergantung kepada penggunaan domestik. Malah, hampir 90 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita disumbang olehnya.

“Jika peluang pekerjaan gaji setimpal, bagaimana mereka mahu menyumbang kepada penggunaan domestik itu? Ia menyebabkan ekonomi runtuh,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.