Categories
SELANGOR

MB: Laksana gaji minimum, semak pendatang asing sedia ada

Oleh: NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 15 FEB: Kerajaan Persekutuan disaran melihat keperluan tenaga kerja dalam negara serta memberi latihan kemahiran kepada anak muda supaya mereka dapat ditempatkan dalam sektor bersesuaian.

Menteri Besar , Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dengan cara ini dapat membantu golongan belia  menganggur mendapatkan pekerjaan lebih baik serta setimpal dengan gaji.

bangladesh“Oleh sebab itu kita mencadangkan supaya gaji minimum diperkenalkan segera.

“Tidak ada keperluan membawa pekerja asing ke dalam negara kita yang sebenarnya sudah terlalu ramai berada di dalam negara yang perlu disemak semula ,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Katanya, tindakan ini bukan sahaja mampu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat tempatan, malah turut mengekang pengaliran keluar wang negara secara besar-besaran setiap tahun.

Sebelum ini, pimpinan Pakatan meyatakan perasaan kurang senang dengan tindakan Kerajaan Persekutuan mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh yang boleh mencetuskan kesan sosial dan kehilangan kerja warga tempatan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.