Categories
SELANGOR

MB: Perkhidmatan pengangkutan awam mesra OKU penting

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 FEB: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin gembira dengan komitmen ditunjukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi merealisasikan hasrat pelaksanaan projek ‘PJ Liveable City’ menerusi pengenalan dua jajaran baru bas percuma.

Dalam ucaptama majlis perasmian di Stesen LRT Taman Bahagia, beliau berkata perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan selesa disamping mesra orang kelainan upaya (OKU) penting dalam menjayakan projek berkenaan.

Azmin Bas“Setakat ini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM6 juta untuk menyiapkan 19 unit bas percuma di lima buah pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak termasuk MBPJ,” katanya.

Katanya, perkhidmatan bas percuma turut dikembangkan ke kawasan luar bandar dan dijangkakan ia bakal dilaksanakan sepenuhnya Julai 2016.

Dalam majlis sama Mohamed Azmin turut dibawa menaiki bas percuma bagi meninjau jajaran baru PJ03 dan PJ04.

Bulan lalu, Kerajaan Negeri melancarkan bas SMART Selangor di kawasan Ampang Jaya dan Kajang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.