Categories
SELANGOR

MB teruja rasmi Taman Tema Nickelodeon Lost Lagoon

OLEH : AFIX REDZUAN

BANDAR SUNWAY, 2 FEB: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui perasmian Nickelodeon Lost Lagoon merupakan antara pengalaman baru beliau dalam merasmikan majlis rasmi sejak mengetuai pentadbiran Selangor.

Tanpa berselindung beliau mengakui mempunyai sedikit pengetahuan mengenai watak kartun Nickelodeon berbanding anak kecilnya.

Azmin“Saya mengakui mempunyai sedikit pengetahuan mengenai Nickelodeon tetapi jika saya beritahu kepada anak-anak, mereka teruja lalu bertanya adakah papa (saya) ingin bertemu SpongeBob SquarePants dan Teenage Mutant Ninja Turtles?

“Tidak dibayangkan keseronokkan anak-anak jika mereka datang dan melihat sendiri Nickelodeon Lost Lagoon,” katanya secara berjenaka ketika menyampaikan ucaptama perasmian taman permainan baru Sunway Lagoon.

Mohamed Azmin berkata beliau gembira dengan penekanan pembangunan berteraskan kehijauan alam semulajadi seperti disediakan di Sunway Lagoon.

NickledeonKatanya, Nickelodeon Lost Lagoon diharapkan terus menjadi tumpuan pelancongan dan riadah keluarga disamping memacu perkembangan ekonomi Selangor.

Nickelodeon Lost Lagoon merupakan pelaburan terbaru Kumpulan Sunway dengan kos RM100 juta dan dibuka secara rasmi kepada umum pada 3 Februari.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.