Categories
SELANGOR

MBSA pergiat operasi turun iklan haram

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Sebanyak 282,399 iklan haram diturunkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula Januari 2015 lalu dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Pegawai Komunikasi Korporat, Shahrin Ahmad, berkata MBSA memandang serius permasalahan itu kerana tampalan iklan boleh merosakkan pemandangan di samping menyukarkan pengguna jalan raya.

MBSA“Iklan itu mengelirukan orang ramai kerana menutup arahan di papan tanda arah jalan.

“Tempat yang sering menjadi tumpuan bagi penampalan iklan haram adalah di tanda arah jalan, tiang lampu jalan, dan juga pokok,” katanya dalam kenyataan

Shahrin berkata, bagi menangani masalah itu MBSA mengadakan operasi menurunkan iklan haram secara berkala dan lebih kerap.

“Ia melibatkan anggota penguatkuasa di beberapa cawangan antaranya di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

“Antara perkhidmatan iklan tanpa kenbenaran ini adalah berkaitan dengan wang, sewa lori, pusat tuisyen, lelong rumah, perubatan tradisional dan sebagainya,” katanya.

Pemasangan iklan tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang kecil iklan (MBSA) 2007.

Sehubungan itu, MBSA memberi amaran keras kepada orang ramai yang ingin memasang iklan termasuk kain rentang, poster, “street bunting” atau billboard perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.