Categories
SELANGOR

MediaSelangor siar langsung Red Giants lawan JDT

SHAH ALAM 13 FEB: Polis menempatkan 1,400 anggota untuk berkawal menjaga keselamatan sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Sumbangsih 2016 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut disediakan di kawasan stadium bagi menangani sebarang kemungkinan, lapor BERNAMA.

LIVE TVSKatanya, penyokong diminta mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan termasuk tidak membawa sebarang bahan letupan, senjata tajam atau barangan boleh mencederakan, serta dilarang melakukan provokasi atau pertelingkahan yang boleh mencetuskan pergaduhan.

“Orang ramai juga dilarang meminum minuman keras dan melakukan sebarang bentuk vandalisme seperti membakar tempat duduk penonton ketika atau selepas perlawanan.

“Mereka seharusnya menjaga tingkah laku, moral dan menunjukkan etika positif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang berlangsungnya perlawanan,” kata beliau dalam sidang media di Johor Bahru.

Tambahnya, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, sekiranya didapati mereka melanggar peraturan ditetapkan.

Sementara itu, #‎MediaSelangor‬ bakal membawakan liputan Piala Sumbangsih 2016 antara Selangor melawan JDT bermula jam 8 malam melalui saluran http://tv.selangorku.com.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.