Categories
SELANGOR

LZS: Nisab Zakat 2016 sebanyak RM12,680

SHAH ALAM 13 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan kadar nisab Zakat di Selangor bagi bulan Januari hingga Jun 2016 adalah sebanyak RM12,680.

LZS dalam satu kenyataan dipetik di laman Facebooknya menyatakan kadar nisab zakat ditentukan berdasarkan kadar harga emas Julai hingga Disember tahun sebelumnya.

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.

NisabSebelum ini, LZS mengagihkan RM676.3 juta wang zakat kepada golongan asnaf di negeri ini tahun lepas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak RM80.6 juta berbanding jumlah agihan wang zakat pada 2014 iaitu RM595.7 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.