Categories
NASIONAL

Nik Abduh terimbau kenangan bersama arwah bapanya

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengimbau kenangan menziarahi kubur bersama bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Almarhum masih hidup.

Beliau turut nerkongsi sekeping gambar di Facebook, tanah yang dipijak Nik Aziz sebagai tempat persemadiannya.

Nik Aziz1“Dulu, sekali sekala kami akan bersama ayahanda menziarahi kubur datuk dan nenek kami. Hari ini kami menziarahi ayahanda di tanah yang sama. Satu hari nanti, mungkin di tanah ini juga saya akan diziarahi anak-anak saya nanti.

“Kubur adalah tempat ziarah. Semoga rumah kita yang sebenar adalah syurga-NYA yang abadi,” katanya.

Pada 12 Februari 2015 menjadi detik yang diingati seluruh rakyat apabila Almarhum Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah Almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Pulau Melaka, Kelantan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.