Categories
SELANGOR

Hayati kehidupan Almarhum Tok Guru elak pembaziran

OLEH: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 29 MEI: Keperibadian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz wajar
dijadikan contoh dalam mengelak gejala pembaziran dalam kehidupan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan
Usahawan, Amirudin Shari, berkata bekas Menteri Besar Kelantan itu amat cermat menggunakan keperluan asas seperti air dan elektrik.

Nik Aziz“Jika beliau meninggalkan pejabat, lampu segera dipadam. Amalan itu kini menjadi ikutan dalam kalangan anggota pentadbiran di pejabat SUK terutama pada jam 1 petang ketika ramai keluar untuk makan tengah hari.

“Ketika mengambil wuduk, Almarhum menadah air di tangan, kemudian pili air dimatikan dan dibuka semula untuk bahagian lain dan seterusnya,” katanya di hadapan lebih 100 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu dan Ihya Ramadan peringkat DUN Batu Caves dan Parlimen Gombak di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Masdiana Mohammad dan Ketua Wanita KEADILAN Gombak, Zailah Kamaluddin.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves menggesa kaum wanita dan ibu memainkan peranan memastikan tiada pembaziran di rumah.

“Selaras dengan program Kerajaan Negeri, Jom Jimat Air, saya harap kaum ibu di sini lebih peka.

“Jangan ada sampai terlupa menutup pili air dan membiarkan pembaziran sedangkan air adalah sumber penting yang seharusnya dijaga dengan baik,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Nik Abduh terimbau kenangan bersama arwah bapanya

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengimbau kenangan menziarahi kubur bersama bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Almarhum masih hidup.

Beliau turut nerkongsi sekeping gambar di Facebook, tanah yang dipijak Nik Aziz sebagai tempat persemadiannya.

Nik Aziz1“Dulu, sekali sekala kami akan bersama ayahanda menziarahi kubur datuk dan nenek kami. Hari ini kami menziarahi ayahanda di tanah yang sama. Satu hari nanti, mungkin di tanah ini juga saya akan diziarahi anak-anak saya nanti.

“Kubur adalah tempat ziarah. Semoga rumah kita yang sebenar adalah syurga-NYA yang abadi,” katanya.

Pada 12 Februari 2015 menjadi detik yang diingati seluruh rakyat apabila Almarhum Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah Almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Pulau Melaka, Kelantan.

EZY

Categories
NASIONAL

Setahun pemergian Almarhum Nik Aziz terus dirasai

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: PAS masih merasai kehilangan mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat namun bingkisan mutiara kata yang ditinggalkan terus dijadikan panduan kehidupan serta perjuangan parti.

Terkenal dengan ketegasan dalam mempertahankan prinsip dan dasar parti, perjuangan PAS ditinggalkan Almarhum mengajar ahli supaya terus beristiqamah memperjuangkan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tidak banyak perubahan berlaku dari segi dasar dan perjuangan PAS buat masa ini.

Nik Aziz“(Almarhum) Tuan Guru terus istiqamah dengan dasar serta perjuangan parti tidak kira apa pun yang berlaku dan itu menjadi panduan sehingga hari ini.

“Tidak banyak beza dari segi dasar dari dahulu hingga sekarang sebagai contoh dasar negara Islam. Sehingga DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001.

“Almarhum terus serta kekal dengan prinsip dan dasar PAS perjuangkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, mutakhir ini kemasukan ahli baru dan sokongan terhadap PAS semakin menggalakkan meskipun mereka tidak berada dalam gabungan baru dan mengekalkan tahaluf siyasi bersama KEADILAN.

“Selepas pergolakan yang berlaku dalam parti, kita menerima kemasukan ahli luar biasa. Ketegasan terhadap PAS menjadi perkara penting kepada Almarhum.

“Dia cukup berpegang kepada prinsip dan tidak berkompromi dengan sebarang isu melibatkan dasar parti.

“Apa yang penting bila kita terus istiqamah dengan dasar parti maka kita akan terus mendapat sokongan meskipun akan ada penyokong yang lari,” katanya.

Pada 12 Februari 2015 menjadi detik yang diingati seluruh rakyat apabila Almarhum Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah Almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Pulau Melaka.

EZY

Categories
NASIONAL

Sultan Kelantan ziarah kubur Almarhum Nik Aziz

KOTA BHARU 22 FEB: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke kubur mantan Menteri Besar Kelantan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, hari ini.

Sinar Harian melaporkan Baginda berbaju putih tiba 6.15 petang dan meluangkan masa hampir kira-kira 15 minit membaca surah yasin dan berdoa.

11021241_10152619507307031_8937541230360037377_nTurut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam pada itu, anak kepada Allayarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga berkata, baginda mengucapkan salam takziah kepada ibunya, Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak dan keluarga keseluruhannya.

Beliau mengucapkan junjung kasih kepada tuanku yang sudi meluangkan masa untuk melawat kubur ayahandanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Sambung perjuangan Almarhum Nik Aziz tegak Islam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 FEB: Usaha mengembangkan dan menyambung perjuangan Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah lebih penting dari berkempen gelaran dan pangkat untuknya.

Exco Negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, Almarhum Nik Aziz sendiri tidak pernah mengejar kemasyhuran gelaran dunia sewaktu hayatnya.

nik“Apa yang perlu dilihat dan disambung adalah perjuangannya yang kental dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia ini khususnya menuntut pelaksanaan Hudud di Kelantan.

“Apalagi, penghargaan adalah suatu pemberian dan bukannya perkara yang perlu dituntut,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan memberi penghargaan khusus kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sama ada dalam bentuk gelaran dan lain-lain.

Mengulas soalan sama, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman bagaimanapun berpendapat penghargaan gelaran seperti ‘Tun’ boleh diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Secara peribadi saya setuju sebagai tanda penghormatan negara kepada Tok Guru tetapi semuanya terpulang kepada keluarga Tok Guru sama ada mahu terima atau tidak,” katanya pula.

Alharhum Nik Aziz menghembus nafas terakhir pada malam Jumaat lepas di kediamannya di Pulau Melaka, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Royalti minyak perjuangan TGNA untuk rakyat Kelantan

Oleh: DATUK MAHFUZ OMAR

1. Ketika Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan, antara perkara utama membabitkan hak rakyat yang diperjuangkan Almarhum ialah Royalti Minyak. Dalam keadaan ramai orang termasuk pemimpin Barisan Nasional mengakui akan ketokohan dan kehebatan Almarhum. Bahkan, terdapat ura-ura BN tidak perlu bertanding di kerusi DUN Chempaka sebagai tanda hormat kepada Almarhum.

2. Alangkah lebih baik sekiranya PM Dato’ Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu Royalti Minyak.  Masih teringat saya ketika Almarhum Tuan Guru sendiri hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

3. Saya petik kembali kenyataan Almarhum pada hari itu untuk menggambarkan kesungguhan dan kegigihan dalam memperjuangkan hak rakyat.  Almarhum berkata “Sebagai ketua kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah. Tiap-tiap orang yang ada harta mesti jaga dengan baik. Kalau orang curi, kita bertindak, kalau rompak, kita tindak, kalau tipu juga kita bertindak. Sebab tidak mahu perkara ini terus berlaku, kita bawa ke mahkamah, atas dasar orang Islam, kalau kita tak tunaikan di muka dunia, kalau kita jahat tetap kena bayar di akhirat. Sebelum bayar di akhirat, baik mereka bayar di muka dunia.”

4. Justeru, saya berharap agar perasaan simpati dan sanjungan yang diberikan kepada Almarhum Tuan Guru itu bukanlah sebuah kepura-puraan.
Hasrat Almarhum Tuan Guru perlulah diterjemahkan oleh  pihak kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

# Datuk Mahfuz Omar adalah Ketua Penerangan PAS

Categories
KENYATAAN MEDIA

Takziah dari 3 tanah suci pemergian Almarhum Nik Aziz

Oleh: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Semalam, pada saat ini, Syeikh Ismail Haniyeh, bekas perdana menteri Gaza, Palestin menghubungi saya daripada bumi Gaza untuk menyampaikan salam takziah daripadanya mewakili umat Islam Gaza di atas kembalinya ke rahmatillah ayahanda tuan guru 3 hari lepas.

Beliau berpesan agar keluarga saya tabah menghadapi ketentuan Allah dan berdoa semoga ayahanda diampuni dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin.

nikSaya begitu gembira menerima panggilan daripada syeikh Ismail Haniyeh. Begitu terasa kehangatan persaudaraan di antara kita di Malaysia dan rakyat Gaza di serambi Baitul Maqdis.

Semoga ayahanda juga ditulis oleh Allah sebagai antara para pejuangNya yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin daripada penjarahan Yahudi.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah bersusah payah menyampaikan berita kematian ayahanda kepada seorang syeikh yang sedang mengajar di Masjid Nabawi di kota Madinah, lalu diumumkan dan didoakan oleh syeikh bersama ahli jamaah Masjid Nabawi yang lain.

Ia suatu penghargaan yang sukar diungkapkan. Semoga ayahanda termasuk daripada kalangan para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan diberi segala kelebihan pahala sebagaimana yang dijanjikan olehNya ke atas para pencinta al Rasul.

Sepanjang hidupnya ayahanda banyak menghabiskan usianya berjuang menegakkan al Quran dan Sunnah baginda.

Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia di kota Makkah yang sedang menunaikan ibadah umrah turut mendoakan untuk ayahanda di hadapan kaabah agar diampuni dan rahmati Allah.

Salam takziah dari tiga bumi suci!

Oh Tuhan, ampunilah dan rahmatilah ayahanda kami dengan syafaat kecintaan seluruh makhlukMu kepadanya.

Petang tadi, dalam kunjungan takziah rombongan pegawai kerajaan ke rumah kami, seorang daripada mereka telah menceritakan kepada saya bagaimana beberapa hari lepas, beliau telah bermimpi beliau dikhabarkan oleh kawannya (dalam mimpi) bahawa RasuluLllah صلى الله عليه وسلم sedang datang bertandang ke bumi Kelantan.

Beliau terjaga dengan rasa gembira walaupun kurang mengerti maksud mimpi tersebut sehinggalah mendengar berita kematian ayahanda beberapa hari kemudian.

Saya terharu dan begitu sukacita mendengarnya. Semoga ia adalah basyarah (berita gembira) buat perjalanan ayahanda menuju Allah dan bertemu al Rasul kecintaannya.

Oh Tuhan, adakah ayahandaku telah menemui kekasihnya itu? Gembirakan aku dan dia sebagai pencinta kekasihMu itu…

*Artikel ini dipetik di laman sosial Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Categories
NASIONAL

Selebriti dalam & luar negara rasai pemergian Almarhum Nik Aziz

SHAH ALAM 14 FEB: Pemergian Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dirasai artis dan penggiat seni negara dan luar negara yang meluahkan rasa terharu dan sedih dengan berita pemergian itu.

Pelakon Indonesia yang terkenal dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi turut melahirkan ucapan takziah di akaun twitternya.

“Innalillahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Semoga Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz ditempatkan di tempat terbaik d isisi Allah SWT,” tulisnya.

oki-kelantan1Oki pada 2012 pernah melawat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz semasa menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran kerajaan Kelantan.

Oki sempat mengikuti kelas pengajian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pada ketika itu dan mendeklamasikan sajak menceritakan tanggapan Oki terhadap Kelantan di bawah naungan Ulama semasa pemerintahan Mantan Menteri Besar Kelantan itu.

OKI SETIANA

Neelofa melalui akaun Instagramnya berkongsi gambar bersama Allahyarham sebelum ini meluahkan rasa sedihnya dengan berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang besar buat umat Islam.

“Semoga roh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diberi kedudukan yang tertinggi di dalam syurga dan diberi cahaya kebesaran,” tulisnya.

Abby Abadi sempat berkongsi beberapa gambar dan video ketika menyertai upacara penghormatan terakhir dan pengebumian Allahyarham di Pulau Melaka, Kelantan.

Sambil meluahkan rasa sedih, Abby juga menulis mengenai perasaan rindunya untuk kembali berbual serta bertemu mata dengan murabbi itu.

“Rindu nak bersembang dengan Tok Guru. Semoga bertemu di syurga,” tulisnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Terima kasih Kerajaan Negeri – PAS Selangor

SHAH ALAM, 13 FEB: PAS Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Negeri dan PR yang sudi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka, Kelantan, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, komitmen yang ditunjukkan itu memperlihatkan semangat setiakawan yang jitu dalam kalangan komponen PR.

nik“Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan negeri yang saya lihat tadi antaranya Amirudin Shari dan Shuhaimi Shafiei. Saya yakin ada pimpinan negeri yang lain turut hadir.

“Begitu juga kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin bergegas ke Kota Bharu malam semalam sebaik sahaja mengetahui pemergian Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi turut ke Kelantan bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahryam, pada jam 3 pagi tadi sebaik mengetahui berita berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Daroyah: Padamnya sebutir permata yang sukar dicari ganti

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 FEB: Kepimpinan bersih dan berprinsip yang diamalkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi pemangkin kepada Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Daroyah yang berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan bertemu isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bagi merakamkan ucapan takziah atas kehilangan Mursyidul Am PAS itu, di Pulau Melaka, Kelantan, pagi tadi.

daroyah“Pemergian tok guru suatu kehilangan besar buat negara dan sukar dicari ganti. Kita berkongsi rasa sedih ini kerana beliau pemimpin yang disanjungi dan disayangi, padamnya sebutir permata yang sukar dicari ganti.

“Sikapnya yang sederhana, kepimpinan yang bersih dan berprinsip sentiasa mengingatkan saya untuk memikul amanah yang sama untuk rakyat.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah di bawa ke masjid untuk disembahyangkan dan sempat bertemu isteri beliau,” katanya kepada Selangor Kini.

Allahyarham Nik Aziz selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada jam 11 pagi tadi, selepas menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya, pada jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

-NFN-

Categories
SELANGOR

BN Selangor: Nik Aziz banyak jasa pada rakyat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 FEB: Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja dirasai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut meninggalkan kesan kepada BN Selangor.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, mantan Menteri Besar Kelantan itu menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin yang disegani dan banyak berjasa kepada rakyat.

Katanya, pemergian Allahyarham sememangnya dirasai dan satu kehilangan buat negara.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Saya mewakili BN Selangor ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Aziz.

“Pemimpin ini silih berganti, ibarat seperti roda ada turun naik begitu juga dalam kepimpinan sesebuah parti.

“Itu kita kena terima sebab kehilangan itu pasti, mungkin akan diganti dengan orang baru yang berbeza,”katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar melalui status Facebook turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham dan ahli PAS.

“Bagi pihak Umno Selangor, saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga dan ahli PAS.

“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tuan Guru Nik Aziz selamat disemadi 11 pagi

SHAH ALAM, 13 FEB: Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada jam 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disempurnakan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi dan dianggarkan hampir 30,000 orang hadir di Masjid Pulau Melaka untuk bersama melakukan solat jenazah.

IMG_5872Memetik Astro Awani, beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir antaranya, Datuk Seri Hadi Awang, Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Abdul Hadi antara pemimpin yang dilihat bersama menurunkan jenazah Allahyarham ke liang lahad.

Jenazah Allahyarham Nik Aziz disemadikan bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar.

Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir  pada usia 84  tahun di kediamannya, pada ja, 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang anak iaitu lima lelaki serta lima perempuan.

-NFN-