Categories
NASIONAL

Orang luar disusukan anak sendiri mati kelaparan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji mekanisme baru dalam menangani keperluan pekerja bagi sektor 3D (bahaya, sukar dan kotor) sebelum membawa masuk warga asing untuk bekerja di sektor terbabit.

Bekas Pengerusi Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Muhammad Nawawi Munir Shoib, berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya mengkaji semula gaji pekerja warga tempatan dan had umur bagi pencen juga perlu dikaji semula.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Ramai penduduk tempatan menganggur atau tidak dapat kerja disebabkan tiada kekosongan jawatan. Kemasukan warga asing terlalu ramai memberikan kesan buruk kerana mereka akan memonopoli industri,” katanya kepada SelangorKini.

Nawawi berkata semua pihak juga tidak sepatutnya menyalahkan graduan kerana memilih pekerjaan.

Katanya, hal itu kerana kenaikan kos sara hidup menyebabkan ramai graduan terpaksa memilih kerja malah ramai diantara mereka mendapat pendapatan cukup makan.

“Rakyat sendiri ramai menganggur rakyat luar yang digajikan. Orang luar disusukan anak sendiri mati kelaparan,” katanya.

Bagaimanapun, kemasukan warga asing juga ada kebaikan bagi pengusaha syarikat dan industri kerana boleh mengaji dengan kadar rendah dalam tempoh lama.

Namun, ia bukan kayu ukur kepada kedatangan mereka itu dan tidak memberikan 100 peratus dalam Malaysia untuk mencapai status negara maju.

Nawawi turut berpendapat kemasukan warga asing itu merupakan strategi Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong tindakan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh bagi memenuhi sektor pekerjaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi turut mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika membantah tindakan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.