Categories
SELANGOR

Lantikan Ahli Majlis PBT, Dewan Muslimat puji pentadbiran Selangor

SHAH ALAM, 16 FEB : Dewan Muslimat PAS memuji langkah diambil kepimpinan Selangor selepas melantik 15 ahli Majlis Wanitanya bagi mengisi kekosongan kerusi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sesi 2016-2017.

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan, berkata ketetapan itu membuktikan wanita turut diberi pengiktirafan PAS dalam pentadbiran Selangor terutamanya di peringkat PBT.

Wanita PBT“Peningkatan jumlah wanita dilantik Ahli Majlis sejak 2008 ketara dan ini jelas menunjukkan penghormatan dan keyakinan PAS terhadap komitmen wanita dalam sama-sama menyumbang tenaga dan idea untuk mentadbir Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan kerusi berkenaan ditentukan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Perkara itu diputuskan berdasarkan permuafakatan parti politik di Selangor, melibatkan KEADILAN, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Melalui ketetapan itu, PAS pula sebelum ini menamakan 67 Ahli Majlisnya parti itu untuk menduduki kerusi berkenaan, dan daripada jumlah itu, 15 dipilih untuk mengisi kekosongan tersebut.

Mereka yang dilantik adalah :

1. Noraini Hussin – Majlis Bandaraya Shah Alam
2. Siti Rohaya Ahad – Majlis Bandaraya Shah Alam
3. Wan Hasrina Wan Hassan – Majlis Perbandaran Ampang Jaya
4. Sharifah Haslizah Syed Ariffin – Majlis Perbandaran Ampang Jaya
5. Norzaihan Ismail – Majlis Perbandaran Subang Jaya
6. Azimah Bt Muda – Majlis Perbandaran Klang
7. Norazlin Md Samsudin – Majlis Perbandaran Selayang
8. Rohaya Mohd Shahir – Majlis Perbandaran Sepang
9. Norzanalila Mohd Fadzil – Majlis Perbandaran Kelana Jaya
10.Hamsatulazura Hamzah – Majlis Perbandaran Kelana Jaya
11.Siti Hajar Min – Majlis Daerah Sabak Bernam
12.Norhidayah Parmin – Majlis Daerah Kuala Selangor
13.Rogayah Ibrahim – Majlis Daerah Kuala Langat
14.Rozlinah Hashim – Majlis Daerah Hulu Selangor
15.Rajeshwari a/p Palakrishnan – Majlis Daerah Hulu Selangor
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.