Categories
NASIONAL

Peguam Negara digesa tidak lindungi penyelewengan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 FEB: Peguam Negara digesa untuk tidak melindungi sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Transparency International bagi Rantau Asia Pasifik, Srirak Plipat, berkata Malaysia semakin hampir kepada autokrasi dan mengabaikan komitmen menentang rasuah.

tranparancy_intnlKatanya, sikap dan pendirian ditunjukkan Malaysia bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pencegahan Rasuah dan Pelan Induk Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025.

“Transparency International menggesa pihak yang memberi maklumat berhubung sebarang salah laku kerajaan diberikan perlindungan.

“Komuniti antarabangsa perlu bersatu memastikan Malaysia bertindak telus terhadap siasatan 1MDB dan tidak melindungi sebarang salah laku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membayangkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 akan digubal untuk menghukum wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.